Umat Islam Dilarang Pakai Jersi Manchester United (MUFC)




- Mantan Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melarang kaum Muslim di negara ini untuk menggunakan jersi Manchester United (MUFC). Beliau menganggap simbol "Setan Merah" telah menghina kebesaran Tuhan.

Beliau menegaskan agar umat Islam di negara ini tidak memakai logo "setan" yang menjadi simbol "Red Devil". Beliau juga melarang penggunaan gambar salib yang ada di jersi pasukan kebangsaan Brazil, Portugal, Serbia, dan Norway, serta kelab Barcelona.

"Tidak ada alasan memakai jersi seperti itu kerana sebagai seorang Muslim, anda menjunjung simbol-simbol dari agama lain," di akhbar The Daily Telegraph menulis kenyataan Datuk Nooh Gadot, bekas Mufti Johor, Malaysia.

"Dalam perkara ini, tidak ada kompromi atas nama hiburan, fesyen, ataupun sukan," tegasnya.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, menegaskan bahawa umat Islam yang memakai jersi pasukan tersebut "menjurus kepada perbuatan dosa" kerana dengan memakai simbol dari agama dan kepercayaan lain bermakna mengutamakan agama lain berbanding Islam.



Sumber : Fajridil.blogspot.com


ps : 'Syaitan  musuh  yang  nyata  bagi  umat  manusia'

8 comments:

PeNgEmiS dUniA said...

selamat penyokong liverpool haha

TaufiqHafiidh said...

brooo...jersey liverpool pn ada cross kat shankly gate tu....tu pn ada jugak yg pakai masa sembahyang...adoiiihhhh

ilanilyana said...

yeke? mana dpt info ni?

TaufiqHafiidh said...

info ni diorg dah bnyak bincang kat internet skrg ni sbb pakai jersey dah jadi fashion or trend terutamanya bagi lelaki termasuk la aku skali....huhuhuhu

ilanilyana said...

xtau pun..oo mmg la boys mmg ske kai jersy. tapi kai jersy je pun xde makna pape pun. tapi klu dah mufti ckp cenggitu, kena la halo2 mmbe2 len ek..kot2 dorg pun xtau cam ilan.

TaufiqHafiidh said...

x pa..kami kat cni memg ramai pelajar IPT pn...hehehe

zarul said...

pakai la baju kersey pingpong butterfly eh~haha

TaufiqHafiidh said...

kersey butterfly...apa tu.....haha

top