Nokia E7 masuki pasaran negara hujung minggu ini




KUALA LUMPUR: Nokia akan melancarkan telefon pintar bisnes terbaru, Nokia E7, berharga RM1,995 pada hujung minggu ini.

Pengurus Besar Nokia Malaysia, Singapura dan Brunei, Vlasta Berka, berkata Nokia E7 akan ditawarkan bersama pakej menarik menerusi Maxis dan Celcom. Katanya, telefon itu telah direka cipta sebagai pejabat bergerak yang berkuasa, menyediakan penyelesaian produktiviti utama bagi profesional.

"Kami yakin Nokia E7 akan menjadi telefon pintar perniagaan yang mesti dimiliki," katanya pada pelancaran telefon itu di sini, hari ini.
Siri Nokia E7 dilancarkan di Singapura dan Indonesia pada minggu lepas.

Pengguna boleh menikmati pelbagai pengalaman seperti muzik, kamera, perayauan web mudah alih, akses kepada pelbagai pilihan aplikasi dan kandungan daripada pemaju global dan tempatan, menerusi Ovi Store dan Ovi Maps, serta pengalaman pengemudian mudah alih terbaik dunia. - Bernama


ps : 'beli  jangan  tak  beli'

0 comments:

top