91 Penerbangan Terjejas Gara-Gara Penemuan Bom Lama di KLIA..




KUALA LUMPUR: Sebanyak 45 penerbangan masuk dan 46 penerbangan keluar terjejas hari ini berikutan penemuan bom peninggalan Perang Dunia Kedua di kawasan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2.
Pengurus Besar Korporat KLIA, Nik Anis Nik Zakaria berkata, kesemuanya membabitkan penerbangan yang dijadual antara 11 pagi dan 12 tengah hari serta 3 dan 4 petang.
"Polis Diraja Malaysia telah mengawal kawasan itu dan berkerjasama dengan Jabatan Penerbangan Awam serta Malaysia Airports.
"Pihak berkuasa memutuskan untuk memusnahkan bom tersebut di tempat penemuan dan menasihatkan Malaysia Airports agar menutup sementara kedua-dua landasan ketika tempoh terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kedua-dua landasan kembali beroperasi pada pukul 3.26 petang tadi.
Nik Anis berkata penerbangan yang terjejas ialah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia, AirAsia X, Firefly, Garuda, Iran Air, AirAsia Indonesia, Thai Airways, Tiger Airways, KLM Royal Dutch Airlines, Xiamen Airlines, Pakistan Airlines dan Eva Air. - BERNAMA
ps : 'bahaya  betul  ni'

0 comments:

top