Bapa bawa pulang anak perempuannya dengan Helikopter !!!



Sebuah  helikopter  telah  mendarat  di  Universiti  Denzhou  di  China  pada  hari  yang  cerah.

Sebenarnya, seorang  bapa  datang  mengambil  anak  perempuannya  dari  universiti  itu  dan  mereka  dikatakan  berprofil  tinggi.

Insiden  terbabit  menyebabkan  universiti  gempar  dengan  kehadiran  helikopter  ini  sehingga  para  pelajar keluar  dari  bilik  kuliah  masing-masing  untuk  melihat  helikoter  mendarat.

Satu  rakaman  video  tentang  insiden  tersebut  telah  dimuat  naik  di  internet  dan  kemudian  orang  ramai  berkata  ia  sesuatu  yang  dilarang  kerana  menerbangkan  helikopter  ke  tempat  awam.

Ia  juga  dianggap  sesuatu  yang  mengejutkan  kerana  mendarat  di  dalam  kawasan  larangan  di  dalam  universiti  itu.

Pihak  Universiti  Denzhou  berkata  juruterbang  helikopter  itu  merupakan  bapa  kepada  salah  seorang  pelajar  mereka  dan  dia  dikatakan  mengambil  anaknya  pulang  selepas  menyelesaikan  kerjanya.

Sumber : China  Daily

ps : 'Ambil  dan  terbang'

0 comments:

top