Dorm 342....











Terdapat sebuah asrama di mana semua pelatih untuk menjadi jururawat tinggal. Mereka-mereka ini masih lagi belajar untuk menempatkan diri sebagai jururawat sekeluarnya mereka dari pusat latihan tersebut. Mereka tidak mempunyai apa-apa masalah di asrama itu sehingga kini.






Beberapa minggu kemudian, seluruh asrama diarahkan untuk berpindah ke asrama yang lain. Asrama yang lain itu tidaklah terlalu jauh daripada asrama sebelumnya. Arahan ini dikeluarkan atas alasan keadaan bangunan asrama lama yang kurang memuaskan dan khuatir akan mengancam nyawa di mana bangunan itu mungkin sekali akan runtuh. 







Para pelatih pun mengemas barang-barang mereka dan berpindah ke asrama baru yang lebih cantik. Dalam banyak-banyak pelatih jururawat ini, terdapat 3 orang sahabat yang sangat rapat ibarat isi dengan kuku. Mereka ini ialah Nita, Aisyah dan Nurul. Mereka ditempatkan di dorm bernombor 342. Mereka bertiga ni yang peliknya suka sangat bercerita cerita hantu di waktu malam. Bukan itu yang peliknya, yang peliknya ialah sebenarnya mereka ni jenis orang yang sangat penakut. Bak kata pepatah Bunk, "Tak Sedar Diri Lah Katakan". Bayangkan, mereka ni penakut tetapi suka bercerita pasal hantu tambahan pula di waktu malam. Eeee, peliknya. 







Sedar tak sedar, malam pun tiba. Setelah selesai menjamah makanan yang disediakan di dewan makan, para pelatih pun pulang ke dorm masing-masing. Begitu juga Nita, Aisyah dan Nurul. Mereka juga pulang ke dorm mereka. Mereka menyiapkan diri masing-masing untuk tidur. Apabila ketiga-tiga mereka meletakkan kepala di atas bantal, mereka cuba melelapkan mata. Malangnya, ketiga-tiga mereka masih tidak dapat tidur. Apa lagi, mereka pun mulakanlah kerjaya mereka dengan bercerita cerita hantu. Masing-masing ada cerita hantu. Walaupun kaki dah menggeletar dan berpeluh-peluh, tetapi mereka masih menggagahkan diri untuk mendengar cerita hantu yang diceritakan. Tak lama kemudian, tiga sahabat tadi pun tertidur. 







Tepat jarum jam menunjukkan pukul 2.30 pagi, Nita dengan tiba-tibanya terjaga dari tidur yang lena atas alasan hendak membuang air kecil. Malangnya, dorm 342 agak jauh dari tandas. Kisah hantu yang diceritakan oleh Aisyah dan Nurul tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. ini membuatkannya berasa takut untuk pergi ke tandas seorang diri. Dia pun cuba mengejut Aisyah dan diakhiri dengan kegagalan. Kemudian dia mengekut Nurul lalu Nurul menjawab, "Saya mengantuklah, awak pergi la sendiri. Tak ada apa-apa pun. Jangan takut". Dengan kata-kata gramatis yang dilontar itu, Nurul pun menyambung tidurnya. 







Dalam keadaan yang memberanikan diri, Nita pun berjalan menuju 
ke tandas yang terletak 
di tingkat bawah. Setiap bulu roma Nita juga menegak dengan jitu dan padu. Akhirnya, Nita pun tiba di tandas. Dia pun masuk tanpa rasa segan dan silu. Semasa dia sedang menunaikan hajatnya, dia terbau sesuatu yang sangat harum. Nita pun menjenguk di luar pintu tandasnya. Dengan perasaan yang amat terkejut dan takut, Nita menutup mulutnya menggunakan tangan untuk mengelak daripada didengari oleh apa yang dia nampak. 







Nita melihat sesuatu yang menyerupai manusia sedang duduk bertinggung mencuci pakaian. Rambutnya panjang dan berwarna putih. Nita teringat akan kata-kata ibunya, jika ternampak sesuatu yang aneh, cubalah tegur. Nita pun bergerak perlahan-lahan ke arah wanita itu dan menegur, "Siapakah kamu?". Tiada jawapan diterima. Tanpa berputus asa, Nita bertanya lagi, "Kenapa kamu Berada Di Sini?". Masih tiada jawapan diterimanya. Pertanyaan ketiga Nita pun dilontar, "Apa Yang Bau Wangi Sangat Ni?". Akhirnya, wanita itu melihat ke wajah Nita dan berkata "Makcik Guna Sabun DAIA baru, Lupekan yang Lain". 







Rupa-rupanya mak cik tua itu menumpang di tandas asrama itu untuk mencuci pakaian kerana bekalan air di rumahnya yang tidak jauh dari situ terputus bekalan air. Nita pun berasa lega dan menuju pulang ke dormnya. Tidur Nita lena sungguh malam itu. 





~TAMAT~




Sumber : http://www.facebook.com/




ps : 'jangan  biarkan  hidup  anda  diselubungi  MISTERI'

0 comments:

top