Wanita Menagih Syabu Untuk Kuruskan Badan






photo

                                                   syabu


MARANG: Kebanyakan wanita di Terengganu yang menagih dadah jenis syabu menggunakan dadah jenis itu untuk menguruskan badan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supritendan Roslan Abdul Wahid.

Roslan berkata golongan wanita dikesan menggunakan dadah jenis syabu sebagai pil menguruskan badan paling cepat dan berkesan untuk mengurangkan berat badan.
"Ia bukan sahaja diambil oleh wanita yang berkerjaya malah pelbagai peringkat umur dikesan mengambil bahan larangan itu sebagai jalan mudah untuk menguruskan badan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Polis ke-204 peringkat Terengganu, Jumaat.
Roslan berkata sebahagian daripada kira kira 10,000 penagih dadah yang ditahan pada tahun lalu terdiri daripada golongan wanita.
"Ada yang sanggup berbelanja RM1,000 untuk membeli satu gram syabu manakala bagi yang kurang berkemampuan, mereka menggunakan pil kuda berharga antara RM25 hingga RM30 sebiji," katanya. - BERNAMA
Sumber : mstar.com.my
ps : 'Jangan  hisap  atau  ambil  dadah !! '

0 comments:

top