Kapal terbang rempuh kereta



SEBUAH pesawat ringan merempuh sebuah kereta di sebuah lebuh raya di bandar Notasulga, Amerika Syarikat pada Ahad lalu.


BANDAR NOTASULGA, Alabama - Sebuah pesawat ringan dengan dua tempat duduk merempuh sebuah kereta semasa ia membuat pendaratan cemas akibat mengalami masalah enjin di sebuah lebuh raya di timur Alabama di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Pesawat yang hanya memiliki satu enjin itu dipandu oleh seorang juruterbang bersama dua penumpang.
Menurut stesen televisyen WTVM, juruterbang itu cuba mendaratkan pesawat itu di lebuh raya sehingga merempuh bahagian atas sebuah kereta lalu menyebabkan ia terbalik, pada Ahad lalu.
Pemandu yang memandu kereta model Ford Focus itu dikatakan terkejut apabila mendapati sebuah pesawat secara tiba-tiba muncul di hadapannya.
Kemalangan itu menyebabkan pemandu dan penumpang kereta tersebut cedera ringan manakala kedua-dua penumpang pesawat yang memakai tali pinggang keledar tidak mengalami sebarang kecederaan. - Agensi
ps : 'berhati-hati  ketika  memandu'

2 comments:

GAPURA ILMU said...

dahsyat tul..kapal trbang leh langgar kete... x sangka2...

TaufiqHafiidh said...

hahaha....tak nampak jalan tu....

top