Steve Jobs singkatkan cuti sakit untuk memperkenalkan iPad 2



SAN FRANCISCO: Apple kembali dengan komputer tablet generasi kedua yang lebih berkuasa dan saiz lebih nipis sambil memantau pergerakkan harga pasaran. 

Kemunculan iPad 2 itu berupaya mengatasi pesaing lain untuk tempoh setahun lagi.
Sambil memberi penekanan terhadap kepentingan komputer tablet kepada Apple, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Jobs memendekkan cuti sakit semalam dan membuat kemunculan bagi memperkenalkan sendiri iPad 2.




Selepas memperkenalkan iPad asal, Apple membuktikan wujudnya permintaan yang tinggi terhadap komputer tablet yang bersaiz kecil berbanding komputer riba dan besar berbanding telefon pintar, tetapi berupaya melakukan banyak tugasan sama. 

Begitu banyak perkakasan skrin sesentuh sudah digunakan, tetapi tiada satu pun setakat ini yang berupaya memecahkan ketabsuban terhadap iPad. 

Kecuali kemunculan Jobs, hanya sedikit kejutan muncul selepas spekulasi selama berbulan-bulan mengenai ciri-ciri dan penambahbaikan iPad. 

Model iPad 2 mempunyai dua kamera untuk mengambil gambar, merakam video dan sembang video. 
Jangka hayat bateri adalah sama seperti model asal iaitu kira-kira 10 jam atau sebulan jika diletakkan pada mod standby. 

iPad 2 lebih nipis — 8.8 milimeter berbanding 13.4 milimeter bagi model terdahulu. Beratnya juga dikurangkan kepada 0.59 kilograms berbanding 0.68 kilogram. 

Generasi kedua iPad itu dijual pada harga yang sama seperti model awal iaitu AS$499 (RM1,518) hingga AS$829 (RM2,523) bergantung kepada ruang menyimpan dan sama ada ia boleh disambungkan kepada internet menggunakan talian selular. 

Apple menambah warna putih selepas keluaran model asal dalam warga hitam. iPad 2 akan mula dijual pada 11 Mac.

iPad direka untuk menyemak e-mel, melayari web dan menonton video secara online. 

Tetapi dengan sejumlah aplikasi, komputer tablet berkenaan umpama rumah dalam pejabat, kedai dan restoran. 

Selepas mula dijual pada 11 Mac di Amerika Syarikat, iPad 2 akan mula dijual di pasaran lain pada 25 Mac di beberapa negara termasuk Mexico, New Zealand, Sepanyol dan negara Eropah lain. - AP 



Sumber : http://www.bharian.com.my/

ps : 'sanggup  tahan  sakit  demi  Apple'

0 comments:

top