Kisah seram di KLCC...





Kisah benar ini berlaku di Menara KLCC yang menjadi kemegahan kini. Pernah terjadi pada satu malam  jumaat, waktu tu KLCC baru saja dibuka untuk kegunaan ramai. 


Seorang pegawai yang bertugas lebih masa terpaksa tinggal keseorangan di pejabat. Toleh kanan dah tak ada orang, toleh kiri pun dah tak ada orang lagi, tengok jam di tangan dah pukul tiga pagi lebih.


 Maka lelaki ni pun bergegaslah untuk turun ke bawah. Kebetulan pula pejabatnya di tingkat 40, kalau nak diikutkan time ni dah tak patut ada orang lagi dah. Lelaki ni pun melangkah masuk ke lif. 


Tekan butang G, tetiba saja lif bergerak laju naik ke atas. Lelaki ni mula tak sedap hati. Sampai di tingkat 56, lif tiba-tiba berhenti. Berdegup kencang jantung lelaki itu. 


Masuk sorang perempuan cantik, memang tak pernah pun dilihat sebelum ni. Melangkah masuk saja diiringi dengan bau harum semerbak. Dalam hati lelaki ni memang dah tak tenteram. 


Bau wangi ni pun dah buat dia berfikir panjang. Lif turun semula menuju ke tingkat bawah. Sampai saja ke tingkat 18 tetiba saja lif berhenti dan lampu lif juga terpadam. 


lelaki ni mula panik. serentak itu juga ada bau yang amat meloyakan tekak menusuk hidungnya. Tentu dapat di baca apa yang terlintas di fikirannya. Beberapa saat kemudian lampu lif bernyala semula. 


Dalam ketakutan, lelaki ini memberanikan diri menoleh ke belakang .......................................................










WWWAAAAARRRGGGGHHHHHH !!!!!












Dengan muka kemerahan, perempuan itu berkata "he...he....he..... maafkan saya. Tadi saya terkentut"



Kemudian  pegawai  itu  pun  berkata 'Nasib  baik  aku  tak  sakit  jantung  tauuuuuu !!!'




Sumber : Facebook.com


ps : 'Ingatkan  hantu  rupa-rupanya  orang'

5 comments:

waN Mohd Salim said...

amboiiiiiiiii ingat betui tadi .. adessss

fyna said...

hahaha...adddoooiii....br rase saspen...
ceh...
perangai...
x senonoh btol kentut dlm lift..

tiQz said...

ler... nasib baik jantung nie ok lagi.. kira menjadi la babak suspen tu... hehe

Sufinah Yussof (SY) said...

haha!lawak,lawak,lawak.

bUDaK nAKaL@pHiQUe said...

kelakar2~

top