AIR ASIA kenakan surcaj bahan api semula

AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah, akan memperkenalkan semula surcaj bahan api bagi semua laluan domestik dan antarabangsanya mulai 3 Mei bagi mengimbangi peningkatan harga bahan api jet.Setakat ini, harga mengatasi paras US$140 (US$1=RM2.96) setong.
“Kenaikan harga bahan api jet dan kitaran meningkat berterusan yang disebabkan situasi di Timur Tengah dan faktor-faktor luar lain telah memaksa kami untuk memperkenalkan semula surcaj bahan api,” kata Ketua Komersil Serantaunya Kathleen Tan dalam satu kenyataan Jumaat.
Bagaimanapun beliau berkata AirAsia akan terus memastikan tambangnya kekal rendah meskipun surcaj bahan api.
Beliau juga berkata semua tempahan penerbangan sebelum 3 Mei tidak akan terlibat dengan sucaj bahan api itu.
Sementara itu, beliau berkata perkongsian syarikat penerbangan tersebut dengan Expedia, agensi perjalanan dalam talian dunia, baru-baru ini, yang sedang dalam perancangan akan meningkatkan lagi pendapatanya bagi pendapatan sampingan.
Sumber : Laman  KL  Today
ps : 'Naik  Fireflyz  lak'

3 comments:

Cik Aish said...

aritu naik air asia...macam merempit..laju gila dia nak landing..huhu..seram..MAS smooth je..maybe air asia kecik sikit..hehe..but still nice.. sbb murah..

Jom baca: Ada Apa Dengan Wedding Putera William?

man said...

duit yg perlu dibelanjakan akan bertambah juga.

TaufiqHafiidh said...

ye..tp Fireflyz mcm Mas JUGAK

top