Peluru meriam manusia menemui ajal !!!




Peluru meriam manusia telah terbunuh dalam satu kemalangan aneh di United Kingdom.

The Sun melaporkan jaring keselamatannya jatuh setelah dia  ditembak ke udara.

Sekumpulan 2,000 orang penonton melihat pelagak ngeri yang berumur 23 tahun ditembak 50 kaki ke udara sebelum kepala mangsa jatuh ke tanah dahulu.

Mangsa tidak bergerak pada sebelah badannya dengan darah keluar dari mulutnya.

Dia telah dibawa ke hospital selepas itu namun tidak lama kemudian dia telah meninggal dunia.

Rob Hutchinson, 42, dari Tenterden, Kent, bersama dengan isterinya dan dua anak-anak kecil.

Katanya: "Jaring telah pun naik. Dia panjat ke atas, masuk ke dalam tiub, mereka mengira  detik  kemudian dia ditembak  keluar dari tiub itu.

"Dia berpaling lalu anda boleh melihat jaring rata di atas lantai itu, bukan di naikkan ke udara , dan dia sedang menurun kepala dahulu ke arah tanah. Saya nampak beliau terhempas ke lantai dan melantun. Ia seperti  patung dilemparkan."

Mangsa yang belum secara rasmi dinamakan, telah dipanggil Matt the Manx Crank.


Sumber : The Sun

ps : 'Ajal  maut  di tangan  tuhan'

0 comments:

top