Doktor jumpa cacing dalam otak pesakit wanita !!!!




WASHINGTON - Sekumpulan doktor pakar yang sedang melakukan pembedahan membuang tumor otak seorang pesakit wanita terkejut selepas mereka mendapati terdapat seekor cacing, lapor sebuah akhbar semalam.
Pesakit itu dari Arizona, Amerika Syarikat (AS), Rosemary Alvarez menjalani pembedahan membuang tumor otak selepas mengalami kesakitan pada tangan dan penglihatannya menjadi kabur.
Selepas melakukan ujian imbasan, doktor-doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan tetapi terkejut selepas mendapati seekor cacing telah menembusi otak Alvarez.
Para doktor berpendapat kehadiran cacing adalah mungkin akibat makan daging babi yang tidak masak atau disebarkan oleh individu yang tidak mencuci tangan selepas menggunakan tandas.
Alvarez yang dijangka pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu berharap orang ramai akan mengambil iktibar daripada pengalamannya.
"Basuh tangan anda dan basuh tangan anda," katanya. - Agensi
Sumber : Kosmo
ps : 'Jaga  kebersihan  diri'

2 comments:

Revablogspotlive said...

eeyoo..memang dasyhat cacing beronda-ronda dalam badan perempuan ni sampai ke otak di jelajah..hui3..

moralnya,,cuci tangan jgn makan daging bla bla bla~

dina darwina said...

moral dr citer ne basuh tgn sebelum dn selepas mkn dn makan makanan yg dh masak

top