Wanita saman Match.com selepas dia dirogol !!!

Online dating: Match.com guarantees that users will find love if they use their site

                   Online dating: Match.com guarantees that users will find love if they use their site


Seorang  wanita  telah  mendakwa  yang  dia  dirogol  oleh  seorang  lelaki  yang  dikenalinya  melalui  laman  web  Match.com. Kemudian  dia  mendapat  tahu  mereka  sebenarnya  mencari  mangsa  seksual  menerusi  laman  web  itu.

Wanita  itu  seorang  eksekutif  hiburan  dari  California, mendesak  laman  web  itu  mengesan  ahli-ahlinya  yang  gila  seks.

Peguamnya, Mark  L. Webb  meminta  satu  injuksi  sementara  bagi  menyekat  pendaftaran  ahli-ahli  baru  ke  dalam  laman  web  itu  sehingga  tuntutan  pelanggannya  dapat  diselesaikan.

Katanya, 'mereka  sangat  berkuasa  dan  berjaya  dalam  perkhidmatan  temujanji  online  dan  mereka  juga mempunyai  kemampuan  untuk  melakukan  perkara  ini'.

Dia  menjelaskan  pelanggannya  seorang  graduan  dalam  bidang  filem  dan  televisyen. Pelanggannya  telah berjumpa  dengan  lelaki  itu  di  sebuah  cafe  di  barat  Hollywood.

Pelanggannya  melihat  lelaki  itu  sungguh  menarik  dan  mereka  bersetuju  untuk  berjumpa  lagi. Bagaimanapun  selepas  temujanji  ke 2, lelaki  itu  mengekori  sehingga  ke rumah  pelanggannya  dan  memaksa  wanita  itu  menyerahkan  tubuhnya.

Jurucakap  Match.com  berkata  kepada  Wall  Street  Journal, 'Kami  berasa  sangat  terganggu  dengan  insiden  ini. Malah  insiden  seperti  ini  jarang  berlaku  kepada  individu  yang  berkenalan  dan  bertemu  menerusi  Match.com. Ia  tidak  membuatkan  mereka  berasa  takut'.

Dakwaan  tetap  diteruskan  ke  atas  Match.com, kata  Webb  lagi.

Sumber : Daily Mail

ps : 'Jangan  mudah  terpedaya'

0 comments:

top