Sabo jer la...






Tersebutlah kisah 3 orang sahabat baik iaitu BODOH, MASALAH dan SOPAN-SANTUN. Mereka selalu bersama apabila hendak kemana-mana. Pada suatu hari, MASALAH baru berkenalan dengan seorang gadis lalu mengikut gadis itu pergi entah kemana tanpa pengetahuan rakan- rakannya. Setelah dua hari berlalu, BODOH dan SOPAN-SANTUN menyedari akan kehilangan MASALAH lalu membuat laporan polis. SOPAN-SANTUN tidak mahu masuk dan menunggu di luar sahaja. Jadi, BODOH seorang sahaja lah yang masuk membuat laporan. (Semasa di dalam balai polis...) 

BODOH : Selamat pagi, tuan. 

POLIS : Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya tolong? 

BODOH : Saya datang hendak membuat aduan, tuan. 

POLIS : Oh...begitu. Siapa nama awak? 

BODOH : BODOH, tuan. 

POLIS : Apa ?? 

BODOH : BODOH, tuan. 

POLIS : Tolong ulang sekali lagi !! (Dengan nada marah) 

BODOH : BODOH, tuan. 

POLIS : Apa kena dengan awak ni hah?? Mana perginya sopan-santun awak? 

BODOH : Ada di luar, tuan. 

POLIS : Hish !! budak ni..!! Adakah awak datang sini untuk mencari masalah?? 

BODOH : Ya, tuan. Bagaimana tuan tahu? 

POLIS : Arrrghh !!!!!! (Bengang sambil menarik-narik rambutnya)

Sumber : Usop  Wilcha

ps : 'Nampok  benor  nipunyeeeeee'

1 comments:

tipah said...

ahaha. polis sengal. :D

top