Kisah ni berlaku pada tahun lepas.. di salah sebuah hostel pekerja kilang buat kereta yang takleh disebutkan disini.. demi menjaga nama baik tempat2 tertentu.. so.. ada seorang pekerja baru yang masih tidak begitu serasi lagik dengan suasana hostel yang suram dan sunyi apabila jam menginjak jam 10 malam.. ye.. 10 malam..
Nama pekerja ni saya namakan sebagai Ameng.. Melayu Islam.. berasal dari sebuah bandar di selatan.. sebelum ni di tempat asal beliau.. jam 10 malam adalah waktu bebudak keluar melepak.. jadik dia pun melepak la di balkoni hostel beliau yang berada ditingkat 5 apartment.. sambil bermain sms dengan kengkawan beliau.. untuk pengetahuan.. hostel kilang ni dipisahkan oleh tembok setinggi 5 kaki sahaja dengan blok lain jadik bagi mereka2 yang sedang lepak di balkoni boleh nampak lagi jika ada seseorang di sebalik tembok tersebut..
Begitu jugak sebaliknya.. nak dijadikan citer.. sewaktu si Ameng ni duk leka layan mesej kengkawan dia.. dia tak sedar ada "something" dah amik port lepak dengan dia kat balkoni tu.. Ameng memang tak perasan langsung kehadiran "something" tu.. kerana duk leka main sms.. tetiba.. Ameng disapa oleh seseorang daripada tingkat bawah iaitu salah seorang warden hostel tersebut katanya "weih mat, nko watpe bergayut2 kat balkoni tu? jatuh karang..
" Ameng pelik la lalu menjengok ke bawah.. Ameng tanya kat warden tu "Apsal bang? abang sound sape?" warden tu jawab"dengan member ko tu la.. bergayut mengalahkan siamang".. Ameng tambah pelik.. dia kan sorang je kat situ.. Ameng cakap dalam hati "gile ke brader ni?"
Oleh kerana malas nak amik port.. dia terus masuk ke dalam umah.. sebaik sahaja dia melangkah masuk.. PRAAAAPPPP DUBBB!!! bunyi sesuatu jatuh dari balkoni umah beliau.. Ameng pun terkejut lalu berpaling melihat apa yang dah berlaku.. dan tatkala itu lah.. pandangan beliau jadi gelap sebab tak tahan tengok apa yang dia nampak kat balkoni tu..
Cuma apa yang dia ingat satu suara bercakap dengan dia "weih mat.. lu leka sangat main mende alah tu sampai tak sedar wa ada lepak dengan lu.. lu meniaga ke? meniaga pe? meh la join group wa kat infinitydownlinexposer.. wa tunggu luuuu" ketika tu apa yang Ameng tau dia dah terjelepuk jatuh kat lantai.. abis..
Sumber : Kisah seram di Facebook
ps : 'Jatuh macam nangka busuk laaaaa'
0 comments:
Post a Comment