Buku autobiografi karya Hitler dilelong




MEIN KAMPF ditulis oleh Hitler ketika dipenjarakan di Landsberg, Jerman.


BRUSSELS - Sebuah buku autobiografi edisi terhad, Mein Kampf yang ditulis dan ditandatangan oleh bekas pemimpin Jerman, Adolf Hitler dijangka dilelong pada harga mencecah AS$49,026 (RM148,132), lapor sebuah akhbar semalam.
Buku edisi pertama tersebut menggabungkan elemen autobiografi dan ideologi politik diktator Nazi itu. Mein Kampf ditulis ketika Hitler berada dalam tahanan di Landsberg, Jerman pada 1925 dijangka dilelong pada akhir bulan ini.
Hanya satu buku Mein Kampf dikeluarkan dengan tandatangan Hitler bersama huruf-huruf emas di setiap judul muka suratnya. Ia merupakan salah sebuah buku daripada 20 naskhah edisi terhad. Jumlah keseluruhan buku sama yang diterbitkan cuma 500 naskhah.
Seorang penganalisa, Richard Westwood Brookes dari lelongan Mullocks memberitahu, buku itu menjadi naskhah buku yang paling jarang ditemui.
"Ia merupakan buku edisi terhad Mein Kampf yang sukar diperoleh. Hitler menurunkan tandatangannya, sekali gus membuatkan Mein Kampf sangat berbeza dalam edisi pertamanya.
"Naskhah edisi pertama pada tahun 1925 itu tertera tahun 1925 di atas buku tersebut," jelasnya yang menyamakan penerbitan Mein Kampf seperti buku Harry Porter yang dihasilkan dalam edisi pertama sebanyak 500 salinan.
Buku Mein Kampf yang bertarikh sambutan Krismas tahun 1925 itu didedikasikan kepada Hermann Esser yang merupakan salah seorang pengasas parti Nazi dan turut dipenjarakan di Munich Beer Hall Putsch pada 1923.
Pemerintah Jerman itu dianggap penjenayah paling kejam sepanjang zaman kerana memulakan Perang Dunia Kedua dan menyebabkan kematian berjuta-juta orang terutama golongan Yahudi. - Agensi
Sumber : Kosmo
ps : 'Sangat  klasik  dan  semakin  mahal'

2 comments:

sufie said...

Ade bace 1 artikel hari tu.entah mn dah artikel tu.tp mencerita kan bahawa Hitler sangat2 mengangkat ulama2 islam zaman dahulu.sehingga kan ade tentera2 nya yg memeluk islam.hitler mngeluarkan risalah2 mengenai islam dan edar kn pada tentera nya.dia sanggup tunggu tentera nya menunaikan solat subuh secara berjemaah sebelum memulakan ucapan pagi nya kpd tentera2 nya.dia memerangi org yahudi kerana dia yakin yang yahudi punya agenda tersendiri.
x tahu la pula kesahihan artikel tu.
waallahualam.hanya Allah yang maha mengetahui.

TaufiqHafiidh said...

ya..artikel tu memang ada sebab ada seseorang yang membuat kajian tentang Hitler...mungkin Hitler ada agendanya yang tersendiri kerana membunuh yahudi dan x dapat dinafikan memang ada batalion tentera islam dalam angkatan tentera Jerman masa tu...artikel tu boleh dicari kat Google...

top