The Ghazal 2 - Mehrpic
Teheran : Sebuah kereta berkuasa solar yang diberi nama Ghazal 2 telah diperkenalkan di Universiti Teheran lapor Mehr News Agency ( MNA ).
Kereta baru ini berasal dari model yang sebelumnya iaitu Ghazal 1 yang telah direkabentuk oleh pelajar-pelajar Unversiti Teheran.
Jika dibandingkan dengan model yang terdahulu, Ghazal 2 ini lebih ringan, lebih pantas dan lebih berkuasa.
Panjang kereta ini ialah 5 meter dan beratnya sebanyak 150 kg, dipasang dengan sel-sel suria yang telah ditingkatkan, dan kelajuannya boleh mencapai sehingga 150 km/h.
Rekabentuk aerodinamik Ghazal 2 diperbuat daripada gentian karbon.
Semasa hari panas, kereta ini boleh bergerak sejauh 600 km dengan kelajuan purata 75 km/h.
Sumber : Bernama
ps : 'Negara Islam pun maju juga'
0 comments:
Post a Comment