Game Devil May Cry 3 menghina Islam !!!






Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini didakwa boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam dengan memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.



NONESehubungan itu, Naib Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa/i Islam Universiti Malaya (PMIUM), Rohayu Rusli menggesa pihak kerajaan dan pihak berwajib bertindak tegas ke atas perkara berkenaan.

“Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

“Jadi, saya mewakili mahasiswa/i Islam UM menggesa pihak berwajib meneliti dengan lebih terperinci 'keadaan' permainan ini sebelum dipasarkan kepada pelanggan terutamanya remaja,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam permainan Devil May Cry 3 itu, pemain didakyah kononnya mereka berjihad menentang syaitan dan dikehendaki menewaskan makhluk itu dengan menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam juga dikatakan tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu Kaabah.

cybercafe mpsj 091105 autosurf“Permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana Kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati,” katanya.

Rohayu juga menyifatkan permainan seumpama itu boleh menggugat keimanan dan akidah seseorang terutama apabila 'mempermainkan' agama Islam.

“Tindakan dan sebaran harus dibuat secepat mungkin bagi menyedarkan semua sebelum terlambat. Saya rasa isu ini sudah lama keluar, mungkin ramai lagi yang tidak tahu tentang ini (permainan itu)," katanya.


Sumber : Malaysiakini.com


ps : 'Agenda  penyembah  Syaitan'

9 comments:

Inoue Michiyo said...

bangsat mat salleh ni...bodo giler..kita lagi kutuk, lagi dorg suke

TaufiqHafiidh said...

kalau anda pergi ke Youtube...anda boleh tgk lagi banyak permainan video yang menghina Islam...

mie said...

pelbagai cara orang yahudi nk sesatkan umat islam t'utamanya remaja kita zmn skerang yang mudah utk d'sesatkan kerana kurang keimanan di dalam dada

Halimatun Sa'adiah said...

masyaallah...
siyes bru tau mende neh,maklumlah bukan kaki games kn...
xbole dibiarkan neh..

Abu Huzaifah said...

bukan mat salleh lah,jepun....

Aaron said...

macam mana ni!!!!!
saya minat gila permainan komputer
termasuklah DMC
TERutamanya DMC 4
kerana grafiknya memang tip-top!!!

TaufiqHafiidh said...

sabaq2...aku pun peminat game jugak...bukan setakat game ni je...NFS, GTA , Hitman n mcm2 lagi pun ada jugak benda mcm ni...

Sweet Tooth said...

men game zuma la..

Mohamed Faiz said...

assalam.. nk tnye, game dota ade unsur m'hine Islam x ??

top