Fosil ular gergasi telah ditemui !!!



Para saintis telah membuat penemuan yang amat menakjubkan apabila menemui fosil ular yang dipercayai terbesar pernah direkodkan dalam sejarah. Mereka telah mengandaikan bahawa ular gergasi itu pernah hidup sekitar 58 - 60 juta tahun dahulu.

Fosil ular tersebut ditemui di utara Columbia dan dikatakan mempunyai panjang sekitar 13 meter, 2 kali ganda lebih panjang dari ular anakonda moden yang mempunyai panjang sekitar 6-6.5 meter. Mereka turut mendapati berat ular tersebut mungkin sekitar 1135 kg berdasarkan perbandingan saiz vertebra ular tersebut dengan ular moden hari ini. 

Jason Head, pakar paleoontologi dari Universiti Toronto, Kanada menjelaskan yang beliau hampir menjerit ketika pertama kali melihat fosil tersebut. Setelah menganalisa beliau mendapati ular tersebut berada dalam keluarga ular Boa, lalu menamakannya sebagai titanic boa nama atau nama saintifiknya itanoboa cerrejonensis. 

Lebih menarik lagi, mereka turut mendapati ular tersebut adalah haiwan jenis poikiloterma - memerlukan haba dari persekitaran untuk proses ######bolisma. Ini bermakna ular tersebut perlu hidup pada sekitar 30 - 34 C untuk hidup. 'Fosil ular ini akan menjadi pertunjuk kepada suhu dan atmosfera bumi pada masa itu' tambah Jason Head lagi.

Oleh itu, mereka mempercayai pada zaman tersebut utara Columbia mempunyai suhu tropika berbanding dengan keadaan sekarang. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat menjelaskan punca kepupusan ular gergasi ini.





Sumber : Misteri & keajaiban  alam


ps : 'Punya  la  besar
'

3 comments:

EJA said...

wah besarnye mcm x caya je ni..follow me back :)

http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/04/nak-tanya-soalan-kt-ben-ashaari-kalau.html

sufie said...
This comment has been removed by the author.
sufie said...

wow!besar punya!

top