lelaki membunuh rakan yang membulinya 30 tahun lepas...




Seorang  lelaki  telah  menikam  kawan  baiknya  sejak  zaman  persekolahan  sehingga  mati  dan  dikatakan kawannya  itu  telah  membulinya  30  tahun  dahulu.

Polis  Seoul  telah  menahan  seorang  lelaki  berumur  47  tahun  atas  pertuduhan  menikam  bekas  rakan  sekolahnya  sehingga  mati.

Pihak  balai  polis  Seoul  Suseo  berkata, lelaki  yang  bernama  Yoo  itu  telah  menikam  rakannya  menggunakan  sebilah  pisau  bersaiz  30 cm  dekat  Bar  di  Gangnam, selatan  Seoul.

Mangsa  yang  bernama  Lee  mati  ditempat  kejadian.

Yoo  tidak  melarikan  diri  selepas  kejadian  itu, kata  polis.

Selepas  dia  ditahan, Yoo  dilaporkan  berkata, 'Saya  melakukan  sesuatu  yang  baik, saya  tidak  boleh  membiarkan  ia  lagi'.

Dia  tidak  menyesal  di atas  perbuatannya  itu, kata  dia  lagi.

Lee  dikatakan  telah  membuli  Yoo - rakan  kongsi  perniagaan  Spa nya  yang  benilai  33.9  bilion  sebelum  ini - sejak  sekolah  tinggi.

Pihak  polis  berkata  persahabatan  mereka  melibatkan  ancaman  dan  keganasan.

Sumber : Korea  Herald

ps : 'Jangan  berdendam  sangat'

1 comments:

mykhalis said...

bila dah lama sangat tahan..betul tak..meletupp teruss

top