Konsisten senjata Hamilton






LEWIS Hamilton yakin dia mampu mempamerkan persembahan konsisten untuk menyaingi Sebastian Vettel bagi merebut kejuaraan Formula Satu dunia tahun ini.


Menjelang musim terkini, Hamilton sering melahirkan keinginannya untuk bertindak lebih konsisten, sesuatu yang penting dalam usaha memburu kejuaraan.


Selepas dua perlumbaan pertama tahun ini, pemanduan Hamilton bagaimanapun nyata berbeza dengan muncul naib juara pada perlumbaan pembuka tirai
di Australia.



Namun di Sepang Ahad lalu, pemandu berusia 26 tahun itu nyata tidak berpuas hati apabila dia mengkritik strategi pasukan, pemilihan tayar dan hentian pit, sebelum bertelagah dengan steward sekali lagi.



Hukuman penalti 20 saat kerana pemanduan secara berbahaya di depan musuh lama, Fernando Alonso menyebabkannya merudum satu anak tangga dari kedudukan ketujuh ke tangga kelapan.

Ia jelas berbeza daripada cara Hamilton berbicara sebelum ini, tetapi dia berkata: “Konsisten yang saya perkatakan sebelum ini, saya memikirkan mengenainya.

“Saya layak sekali lagi di petak kedua tapi semuanya tidak menjadi buat saya.

“Strategi tidak tepat, hentian pit tidak sempurna, tapi itulah yang berlaku.

“Kami sebenarnya gembira dengan kedudukan kami, bertarung di barisan depan.

“Itulah sebabnya kami wujud sebagai sebuah pasukan - untuk menang dan mencabar bagi kemenangan dan meraih kejayaan.

“Jadi saya berasa amat bersyukur untuk bertarung dan sudah tentu, saya mahu memastikan mampu menamatkan setiap perlumbaan.

“Saya gagal menamatkan beberapa perlumbaan tahun lalu dan majoritinya kerana kesilapan atau insiden dan selebihnya kerana masalah mekanikal.

“Jelas kami mahu mengelakkan perkara ini daripada berulang musim ini kerana tanpanya kami mempunyai peluang yang lebih baik untuk memenangi kejuaraan.

“Jadi itulah tumpuan kami - konsisten dan jika kami boleh menang ketika konsisten, maka ia fantastik.”

Daripada sudut positif, Hamilton sekurang-kurangnya menambah empat mata, yang ternyata berharga pada hujung musim nanti.

Ketika ini, dia sudah ketinggalan 28 mata di belakang Vettel selepas dua perlumbaan ketika pemandu Jerman itu melakukan permulaan sempurna dengan dua kemenangan daripada dua perlumbaan.

Hanya seorang pemandu dan sebuah pasukan untuk dikalahkan, sekalipun pemandu berusia 23 tahun itu ketika ini dilihat sukar untuk disekat selepas berada di petak utama dan memenangi lima daripada enam perlumbaan Grand Prix terakhirnya.





Sumber : Metro


ps : 'Jiwa  kelajuan'

0 comments:

top