KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.
Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.
“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.
“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.
“Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.
Sumber : Metro
ps : 'Masing-masing dah ada cara hidup sendiri'
3 comments:
maybe uncle bob bagi pandangan peribadi dia mcm kak wardina buat dl..sbb depa dah mrasa dunia hiburan lah depa blh bg pandangan mcm tu.. sentap sgt napa aih..? *geleng pala*
HELMIGIMIK ingin BERI komen peribadi
Bagi HELMI Biarkan bob lokman DGAN perjuangan nya YG baru
Terus terang HELMI sikit pun TAK mau rasa kecil hati ATAU marah DGAN komen komen sir bob terhadap Rakan Rakan seninya sendiri.
Terus terang kata kata bob ITU Ada berkaitan DGAN APA YG bob TELAH merasainya
ITU hak beliuau. Biarkan. YG PENTING HELMI teptap seagama DGAN bob Dan saudade Islam.
Para art is YG lain terima terguran walaupun pahit ""
Dan saudara bob terus bin a aklak YG mulia. Jaga tuturkata Dan jaga amalan JGAN belays Menuhin emosi
Biaralah berhikmah
Amin HELMIGIMIK
Yang wajib KITA marahkan ialah MEREKA para Penggitseni YG terlibat dadah, dedah,
TAK discipline , minum arak ,
YG lupa batasan agama, budaya
Yes YG ini KITA ke hentammereka habis habisan
Post a Comment