Seorang Murid tahun 6 di Taiwan menampar seorang gadis yang dia minati sebanyak lima kali selepas gadis itu menolak cintanya.
Budak lelaki, bernama Lin, ditukarkan ke sekolah rendah di Taichung tahun lepas.
Tidak lama selepas itu, dia mula meminati seorang gadis dari kelas berbeza dan tahun yang sama.
Dia mula menulis surat-surat cinta kepada gadis itu sejak Disember,tetapi gadis itu tidak mempedulikan dia.
Pada 7 April, dia menelefon ke rumah gadis itu, tetapi gadis itu memberitahu dia supaya berhenti, meminta untuk tidak menghubunginya lagi.
Budak lelaki itu berasa marah kemudian menyerang hendap gadis itu di jalan ke sekolah keesokan harinya dan menampar gadis itu sebanyak lima kali.
Gadis itu memberitahu ibu bapanya untuk mengadu kepada pengetua sekolah.
Menurut pihak berkuasa sekolah, budak lelaki itu datang dari keluarga yang rumit dan mempunyai masalah disiplin.
"Dia sentiasa membuli pelajar lain, memukul mereka dengan pembaris dan permainan."
Pihak Sekolah berkata mereka telah mengatur untuk Lin menghadiri 40 sesi kaunseling, tetapi budak lelaki itu tetap tidak berubah.
Lin telah digantung untuk seminggu dan akan menyambung semula persekolahannya pada hari Isnin.
Sumber : Daily Chilli
ps : 'Suka-suka hati nak penampar orang'
0 comments:
Post a Comment