Satu rakaman video menunjukkan saat-saat sebuah pesawat Airbus A380 telah melanggar sebuah pesawat penumpang kecil di Lapangan Terbang JFK Amerika Syarikat sehingga ia berpusing dari kedudukan asal.
Kejadian itu dirakamkan ketika penerbangan 525 Air France merempuh sayap belakang pesawat Comair CRJ yang membawa 62 orang penumpang, rempuhan itu menyebabkan pesawat Comair berpusing 90 darjah.
Saksi berkata, mereka melihat kerosakkan pada sayap Airbus yang telah diambil alih untuk pemeriksaan.
Crash: The Air France moments before impacting the much smaller Comair CRJ business type jet
...moments later the smaller jet is spun 90 degrees...
...before coming to a rest after being tossed around like a toy on the tarmac at JFK
Para penyiasat nahas udara telah menjalankan siasatan ke atas insiden itu yang berlaku pada pukul 8.09 malam waktu tempatan.
Tiada penumpang serta anak kapal dilaporkan cedera namun beberapa penumpang di dalamnya mengalami impak rempuhan itu.
Seorang wartawan CNN yang terbang ke Paris menggunakan pesawat Air France itu berkata, dia merasakan seperti 'satu deraman kuat yang merempuh kaki lima'
Dia juga berkata, sayap kiri pesawat Jumbo Airbus A380 itu mengalami kerosakkan.
Damaged: The Airbus A380 sits on the tarmac at JFK, too badly damaged to fly
Clipped: The wing tip of the Airbus A380 can be seen here clearly damaged by the impact with the smaller aircraft
Insiden ini bermula apabila pengawal trafik udara mencadangkan A380 pergi ke landasan dan membelok ke arah kiri untuk menunggu pelepasan.
Semasa pesawat Jumbo itu sedang bergerak, mereka tidak menjangka akan merempuh sebuah pesawat lain yang sedang diletakkan di sebelah laluan itu.
Tetapi, perlanggaran itu hanya melibatkan kerosakkan luaran sahaja. Dua pesawat tersebut telah dihentikan perkhidmatan dan para penumpang telah diberi penginapan atau ditukar ke pesawat lain.
* Video insiden ini
Sumber : Dailymail.co.uk
ps : 'Besar sangat pun susah'
0 comments:
Post a Comment