Lelaki menulis 'perkataan' di wajah isterinya menggunakan pisau



Seorang  lelaki  China  yang  marah  telah  membuat  'tatu'  di  wajah  isterinya  untuk  mengelakkan  lelaki  lain  berminat  kepada  isterinya.

Lelaki  itu  yang  berumur  36  tahun  dari  Dahua  Yao  Autonoums  County  di  Guangxi  telah  ditahan  oleh pihak  polis.

Wei  Shengxiong  dan  isterinya  yang  berumur   26  tahun, hanya  dikenali  sebagai  Xiao  Wei  telah  berkahwin  selama  9  tahun  serta  mereka  mempunyai  2  orang  anak.

Suaminya  selalu  mengesyaki  dia  melakukan  hubungan  sulit  dengan  lelaki  lain.

Semuanya  bermula  pada  tahun  2001  apabila  Xiao  Wei  yang  bekerja  sebagai  pekerja  kilang  telah  bekerja  lebih  masa  dan  tidak  pulang  ke rumahnya. Sebulan  selepas  itu, dia  mengandung. Wei  merasakan  anak  itu  bukan  dari  suaminya  dan  dia  membawa  anaknya  untuk  menjalani  ujian  DNA.

Selepas  itu, mereka  selalu  bertengkar  di antara  satu  sama  lain.

Disebabkan  pertengkaran  itu, Wei  telah  menolak  kepala  isterinya  ke  dinding  sehingga  dia  terjatuh  atas  lantai.

Selepas  isterinya  tejatuh, dia  terus  mengikat  tangan  dan  menyumbat  tuala  ke dalam  mulut  isterinya. Kemudian  dia  mengheret  Xiao  Wei  ke  dapur  serta  mengambil  sebilah  pisau  untuk  mengukir  perkataan  Xia  Jian ( keji )  pada  muka  isterinya.

Dia  menyembunyikan  isterinya  di  rumah  sehingga  pak cik  Wei  mendapat  tahu  tentang  perkara  itu  dan  membawanya  ke  balai  polis.


Sumber : Daily Chilli

ps : 'Jangan  mencederakan  isteri  anda'

5 comments:

NADIA RAJAMI said...

huhu..kesiannye

TaufiqHafiidh said...

tau x pa..huhuhu

Murni said...

kejam & tak ada perikemanusiaan...

boy said...

gila agaknya lelaki tu huh,, cian

timtim said...

dasat betoi.buat kt muke sendri dulu laa.haiyaa~

top