Seorang lelaki China yang marah telah membuat 'tatu' di wajah isterinya untuk mengelakkan lelaki lain berminat kepada isterinya.
Lelaki itu yang berumur 36 tahun dari Dahua Yao Autonoums County di Guangxi telah ditahan oleh pihak polis.
Wei Shengxiong dan isterinya yang berumur 26 tahun, hanya dikenali sebagai Xiao Wei telah berkahwin selama 9 tahun serta mereka mempunyai 2 orang anak.
Suaminya selalu mengesyaki dia melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Semuanya bermula pada tahun 2001 apabila Xiao Wei yang bekerja sebagai pekerja kilang telah bekerja lebih masa dan tidak pulang ke rumahnya. Sebulan selepas itu, dia mengandung. Wei merasakan anak itu bukan dari suaminya dan dia membawa anaknya untuk menjalani ujian DNA.
Selepas itu, mereka selalu bertengkar di antara satu sama lain.
Disebabkan pertengkaran itu, Wei telah menolak kepala isterinya ke dinding sehingga dia terjatuh atas lantai.
Selepas isterinya tejatuh, dia terus mengikat tangan dan menyumbat tuala ke dalam mulut isterinya. Kemudian dia mengheret Xiao Wei ke dapur serta mengambil sebilah pisau untuk mengukir perkataan Xia Jian ( keji ) pada muka isterinya.
Dia menyembunyikan isterinya di rumah sehingga pak cik Wei mendapat tahu tentang perkara itu dan membawanya ke balai polis.
Sumber : Daily Chilli
ps : 'Jangan mencederakan isteri anda'
5 comments:
huhu..kesiannye
tau x pa..huhuhu
kejam & tak ada perikemanusiaan...
gila agaknya lelaki tu huh,, cian
dasat betoi.buat kt muke sendri dulu laa.haiyaa~
Post a Comment