Seorang rakyat New Zealand yang tertekan telah memotong jarinya, kemudian memasak jarinya dengan sayur-sayuran lalu memakannya dalam satu kes kanibalisme yang luar biasa, Menurut AFP, memetik laporan penerbitan Australasian Psychiatry.
Lelaki yang berusia 28 tahun itu tidak mangambil sebarang dadah atau alkohol pada masa itu, kata penulis laporan Forensik Psychiatrist Erik Monasterio dan Klinikal Psychologist Craig Prince.
Ia merupakan salah satu dari 8 kes kanibalisme diri sendiri yang direkodkan di seluruh dunia, Dr. Monasterio dan Dr. Prince berkata di dalam laporan mereka yang telah diterbitkan secara online pada hari sabtu.
Selepas dia memakan sebatang jarinya, lelaki itu merancang untuk memakan 2 lagi jarinya sebelum dia diputuskan untuk menjalani rawatan perubatan di mana dia telah didiagnosis sebagai tekanan tahap sederhana.
Pesakit ini menderita kerana 'suasana yang murung' dan dia juga tertekan akibat diserang oleh 2 lelaki.
'Dia berasa sangat marah dan untuk kali pertama dia berkhayal bukan hanya membunuh penyerangnya malah memakan mereka juga', kata seorang penulis yang berpengkalan di Hospital Hillmorton dalam bandar raya utama South Island Christchurch.
Sumber : Daily Chilli
ps : 'Jangan makan jari anda'
2 comments:
Agak2 ape la rasenyer makan jari sendiri, dengan kesakitan lagi..jadi raja bersiong ler ne...
Birthday Giveaway by SAYS.my!!
mcm sedap ja kan??
huhu...
datang follow belog ini n salam ukhuwah dri aza..
Post a Comment