ilmu Santau !!!






Santau merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.(bukan kentut)

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman . Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca , serbuk Ipoh , bisa besi , dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah , pitam , pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.

Matlamat
Santau secara umumnya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh.

Kelebihan
• Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi.

Kelemahan
• Santau angin biasanya dihembus agar dibawa angin kearah mangsa dan dihidu masuk kedalam paru-paru mangsa. Oleh itu, sesiapa yang berada berhampiran dengan mangsa boleh turut terhidu habuk berbisa itu.

• Oleh kerana santau disediakan dalam bentuk serbuk, kemungkinan besar pengamal santau akan terdedah secara jangka panjang dan akan turut diracuni oleh santau yang disediakan oleh mereka, atau orang-orang yang rapat dengan mereka.

• Santau biasanya mengambil masa yang agak lama untuk bertindak, antara beberapa hari sehingga beberapa tahun.

• Perbuatan membunuh adalah salah di segi ugama dan undang-undang.

Penelitian secara ilmiah
• Santau secara umumnya hanyalah satu bentuk racun yang digunakan bagi membunuh musuh. Racun moden adalah lebih berkesan dan mampu membunuh dengan lebih pantas.

• Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau (yang mengandungi bahan tajam dan halus) yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau kedalam paru-paru dan dengan itu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang digunakan. Ini mengakibatkan keadaan seperti Mesothelioma atau Penyakit Asbestosis.

• Kemungkinan jampi yang digunakan merupakan satu cara menjelaskan bagaimana santau bertindak. Ini disebabkan pengamal santau silam tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan santau mampu membunuh mangsa, dengan itu menggunakan jampi dan mentera sebagai cara penjelasan bagaimana santau mampu membunuh.

Di antara dua ikon yang berpengetahuan tentang ilmu santau di Malaysia ialah Dr Harun Din dan Dr Amran Kasimin.


Sumber : Misteri & keajaiban alam

ps : 'Jangan  bersahabat  dengan  syaitan'

1 comments:

Unknown said...

takutnya bab santau2 nie..
Minta dijauhkan Ya Allah..

top