Lelaki dihukum penjara kerana mengancam ibunya





Seorang  rakyat  Singapura  telah  dihukum  penjara  selama  22  bulan  bermula  pada  hari  rabu  kerana  kesalahan  mengancam  ibunya.

Ini  bukan  kali  pertama  Anbualagan  Paniandi  yang  berusia  50  tahun  dipenjarakan, malah  dia  pernah  dikenakan  hukuman  yang  sama  atas  kesalahan  ugutan  jenayah.

Mahkamah  Komuniti  yang  mendengar  kes  itu  pada  2003, telah  menjatuhkan  hukuman  penjara  selama  10 bulan  atas  kesalahan  mengancam  ibunya, Puan  C. Arashi  Payyapathy.

Dalam  kesalahannya  yang  terbaru  pada  11  mac  2011, dia  yang  dalam  keadaan  mabuk  telah  mengacukan  garpu  kepada  ibunya  dan  mengugut  mahu  menumbuknya  di  rumah  pangsa  Woodlands.

Kes  yang  terdahulu  pada  16  oktober  2010  pula, dia  telah  mengacukan  sebilah  pisau  kepada  mangsa, dia  berkata  tidak  akan  hidup  lagi  selepas  membunuh  ibunya  dan  akan  terjun  ke  bawah.

Anbualagan, mengaku  bersalah  di atas  pertuduhan  itu. Dia  boleh  dipenjarakan  sehingga  2  tahun  atas  pertuduhan  mengancam  dengan  garpu  dan  dipenjara  selama  7  tahun  atau  lebih  atas  pertuduhan  mengancam  untuk  membunuh.


Sumber : Daily Chilli

ps : 'Sayangilah  ibu  anda'

0 comments:

top