Online dating: Match.com guarantees that users will find love if they use their site
Seorang wanita telah mendakwa yang dia dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya melalui laman web Match.com. Kemudian dia mendapat tahu mereka sebenarnya mencari mangsa seksual menerusi laman web itu.
Wanita itu seorang eksekutif hiburan dari California, mendesak laman web itu mengesan ahli-ahlinya yang gila seks.
Peguamnya, Mark L. Webb meminta satu injuksi sementara bagi menyekat pendaftaran ahli-ahli baru ke dalam laman web itu sehingga tuntutan pelanggannya dapat diselesaikan.
Katanya, 'mereka sangat berkuasa dan berjaya dalam perkhidmatan temujanji online dan mereka juga mempunyai kemampuan untuk melakukan perkara ini'.
Dia menjelaskan pelanggannya seorang graduan dalam bidang filem dan televisyen. Pelanggannya telah berjumpa dengan lelaki itu di sebuah cafe di barat Hollywood.
Pelanggannya melihat lelaki itu sungguh menarik dan mereka bersetuju untuk berjumpa lagi. Bagaimanapun selepas temujanji ke 2, lelaki itu mengekori sehingga ke rumah pelanggannya dan memaksa wanita itu menyerahkan tubuhnya.
Jurucakap Match.com berkata kepada Wall Street Journal, 'Kami berasa sangat terganggu dengan insiden ini. Malah insiden seperti ini jarang berlaku kepada individu yang berkenalan dan bertemu menerusi Match.com. Ia tidak membuatkan mereka berasa takut'.
Dakwaan tetap diteruskan ke atas Match.com, kata Webb lagi.
Sumber : Daily Mail
ps : 'Jangan mudah terpedaya'
0 comments:
Post a Comment