Anggota Polis di China mati kerana kerja berlebihan




Kerja  berlebihan  merupakan  faktor  utama  kematian  ramai  anggota  polis  di China.

Kementerian  Keselamatan  Awam  China  memberitahu  sejumlah  2,182  orang  anggota  polis  meninggal  dunia  ketika  bertugas  sejak  2006.

Di antara  mereka, 47  peratus  mati  disebabkan  kerja  yang  berlebihan.

'Undang-undang  Buruh  cuma  membenarkan  masa  bekerja  selama  8  jam  sehari, tetapi  polis  bekerja  lebih  dari  itu', kata  Dai  Peng, Dekan  Jabatan  Siasatan, Chinese  People's  Public  Security  University.

'Mereka  yang  sentiasa  bekerja  di  barisan  hadapan  mempunyai  tekanan  sehingga  menjejaskan  kesihatan  psikologi  dan  fizikal'.

Tinjauan  pada  2005  menunjukkan  anggota  polis  akan  berkhidmat  untuk  11  hingga  15  jam  sehari  dan  hanya  ada  cuti  satu  hari  selepas  3  minggu  kerana  kekurangan  anggota.

Sumber : China  Daily

ps : 'Hargailah  pengorbanan  anggota  polis'

0 comments:

top