Seorang rekrut Tentera Singapura yang menjadi perdebatan di internet selepas dia didapati membawa seorang pembantu rumahnya yang sedang menggalas beg tentera telah mengaku kesilapannya di hadapan Pegawai tertinggi tentera.
Mengikut surat yang dihantar kepada The Straits Times forum page, kementerian pertahanan berkata Pasukan Tentera Singapura telah selesai menyiasat kes itu.
'Anggota tentera yang bimbang dengan tindakannya telah melapor diri kepada komandernya', kata Kolonel Desmond Tan, Pengarah perhubungan Awam Mindef's.
'Rekrut itu juga berasa sedih atas tindakannya dan menyedari dia sepatutnya tidak membenarkan perkara itu berlaku' katanya lagi.
'Dia juga telah diberi nasihat dan menyambung latihannya. SAF mengingatkan semua tentera supaya menjaga kelakuan mereka di hadapan orang awam.
Gambar tersebut yang menunjukkan seorang Tentera Kebangsaan sepenuh masa bersama dengan pembantu rumahnya dikatakan telah diambil dari akaun Facebook, dipaparkan di portal online The Straits times pada 27 Mac lalu.
Sumber : The Straits Times
ps : 'Tentera tak boleh jadi manja'
0 comments:
Post a Comment