Litar Antarabangsa Sepang....jom layan F1 !!!




Litar Antarabangsa Sepang  ialah  litar  yang  digunakan  untuk  perlumbaan  Grand Prix A1 , Grand Prix Motosikal  dan  perlumbaan  Formula Satu. Litar  ini  terletak  berdekatan  dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  dan  60 km  di Selatan  Kuala Lumpur.
Litar  ini  telah  direka  oleh  pereka  dari  Jerman, Herman  Tilke  yang  juga  telah  mereka  litar  untuk ShanghaiBahrain dan Turki.




Litar  Sepang  dibuka  secara  rasminya  pada  9  Mac  1999  oleh  bekas  Perdana  Menteri  Malaysia  Tun  Dr  Mahathir  Muhammad  dan  dikenali  sebagai  litar  yang  mempunyai  laluan  lurus  yang  terpanjang  di dalam  kalendar  F1.

Litar  ini  sejauh  5.543 km  dan  mempunyai  15  selekoh  serta  8  laluan  lurus. Kelajuan  yang  mampu  dicapai  jika  berlumba  di  litar  ini  ialah  300 km/h.



Selekoh  U.....tempat  yang  memerlukan  kadar  membrek  yang  tinggi


Circuit Sepang.png
LokasiBendera Malaysia SepangSelangorMalaysia
Zon masaGMT +8
Acara utamaFormula SatuMotoGPA1GP,SuperGT
Jarak litar5.543 km (3.44 mi)
Selekoh15
Rekod pusingan1:34.223 (Juan Pablo Montoya,Williams-BMW, 2004)


Berdasarkan  rekod, Eddie  Irvine  merupakan  pemenang  pertama  di  litar  ini  pada  GP  Malaysia  tahun  1999  ketika  dia  beraksi  bersama  pasukan  Ferrari  manakala  Juan  Pablo  Montoya  masih  memegang  rekod  masa  terpantas  sepusingan  dan  Michael Schumacher  pula   memenangi  perlumbaan  di  litar  ini  sebanyak  3 kali  dengan  pasukan  Ferrari  suatu  ketika  dahulu....

Antara  pasukan-pasukan  Formula 1  yang  pernah  memenangi  perlumbaan  di  litar  Sepang  ialah  Ferrari, Renault, Mclaren, Williams  F1, Brawn GP ( Mercedes  GP )  dan  Red Bull.








Sumber ; Formula1.com, Wikipedia

ps : 'Mesti  Mclaren  akan  menang  di  litar  ni'

1 comments:

Dda Ly said...

wow!advance malaysia..:)

meh ke rumah,
~kerana dia model~
keep in touch ye...:) ♥♥♥

top