Kursus bagaimana hendak berkahwin dengan lelaki kaya...




Ia  merupakan  harga  yang  dianggap  kecil  untuk  dibayar  jika  mahu  seekor  ikan  yang  besar.

Wanita-wanita  di  China  pada  hari  ini  tidak  tahu  cara  membelanjakan  wang  gaji  bulanan  mereka  untuk  bergaya. Bagaimana  mereka  hendak  berkahwin  dengan  lelaki  China  yang  kaya.

Lagipun, di  China  terdapat  ramai  lelaki  yang  bertaraf  Jutawan  berbanding  di  negara  lain  kecuali  di  Amerika  Syarikat.

Sebuah  syarikat  perundingan  dalam  kompleks  Jianwai  Soho  di  Beijing  menawarkan  perkhidmatan  istimewa. Sebuah  pakej  biasa  selama  10  jam  yang  berharga  2000  Yuan ( RM 925 ).

Dalam  kelas  tersebut, seramai  7  orang  wanita  sedang  tekun  mendengar  arahan  pengajar  mereka, konsultan  Shao  Tong  memberikan  panduan  tentang  seni  mengenal  lelaki  yang  kaya. Bingkai  gambar  yang  tergantung  di dinding  itu  terdapat  buku  yang  bertajuk  Marry  The  Right  Person. Shao  juga  mengajar  pelajar-pelajarnya  bagaimana  untuk  membaca  wajah  seorang  lelaki.

'Apabila  kamu  memandangnya  buat  kali  pertama, kamu  harus  memberi  perhatian  kepada  sebelah  kiri  wajahnya  kerana  itu  ialah  personaliti  yang  sebenarnya,' dia  menambah  lagi, 'di  sebelah  kanan  wajahnnya  pula  kita  panggil  'social-face'.

Dia  kemudiannya  memaparkan  gambar  sepasang  pengantin  baru  dengan  lelaki  yang  kaya  di  skrin  sebagai  contoh.

Pelajar-pelajarnya  sebulat  suara  berkata  lelaki  itu  memang  kacak. Shao  meminta  mereka  memandang  wajah  lelaki  itu  di  sebelah  kiri.

'Lihat  dengan  teliti  ke dalam  matanya,'  katanya. 'Kemudian  anda  boleh  nampak  dia  tidak  selamat  dan  sedih. Dia  cuma  mahu  cinta  dan  simpati.'

'Anda  tahu  personaliti  lelaki  itu  pada  pertemuan  pertama  boleh  membawa  anda  kepada  kemenangan'. Dia  berkata  untuk  kebaikkan  mereka.

Kebanyakkan  wanita  yang  menghadiri  kelas  itu  terdiri  dari  mereka  yang  berumur  21  hingga  49  tahun. Syarikat  De  Yu  Nu  Xue  atau  Sekolah  of  Virtuous  Ladies  mengambil  setiap  15  orang  dalam  satu  kelas.

Sumber : The  Straits  Times

ps : 'Yang  lelaki  cari  wanita  kaya  lak  lepas  ni'    

0 comments:

top