Sebuah Boeing 737 di Stesen Udara Yuma Marine Corps selepas membuat pendaratan cemas.
Pesawat U.S Southwest Airline yang telah mendarat untuk pemeriksaan setelah mereka mendapati ada lubang yang terbuka di dalam kabin ketika pesawat itu sedang terbang.
Boeing 737 kehilangan tekanan di dalam kabin selepas lubang terbuka, penumpang yang ketakutan terus menggunakan topeng oksigen yang dikeluarkan dari unit di atas tetapi keadaan dapat dikawal.
Ian Gregor selaku jurucakap Federal Aviation Administration ( FAA ) berkata, Juruterbang dapat mengawal penurunan altitud dari 11,000 meter ke 3,350 meter.
Juruterbang membuat pendaratan cemas dengan selamat di kem tentera di Yuma, sekitar 240 km barat daya Pheonix mendapat tepukan dari penumpang yang berasa lega.
Tiada kecederaan serius yang dilaporkan ke atas 118 orang penumpang walaupun seorang sahaja anak kapal yang mengalami kecederaan kecil menurut kenyataan rasmi Southwest.
Faktor yang menyebabkan siling kabin berlubang tidak diketahui tetapi FBI menganggapnya sebagai kegagalan mekanikal dan tiada unsur sabotaj dari pengganas.
Sebuah 'Lubang' terbuka di dalam kabin penumpang pesawat 737 Southwest Airline
Sumber : Daily Chilli
ps : 'Trauma'
0 comments:
Post a Comment