Klip video dua minit yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno. Difahamkan klip itu disebarkan dalam dunia siber sejak semalam. Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.
Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.
Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thai, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.
Dalam pada itu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada “Datuk T” berkata, mereka tidak mengedarkan rakaman itu kepada sesiapa kecuali kepada polis.
“Saya tidak tahu apa-apa mengenai ini,” kata beliau sambil menambah beliau perlu melihat dulu sebelum mengulas.
Anwar, Ketua Pembangkang, telah menafikan beliau sebagai lelaki dalam video itu dan mendakwa Umno sebagai dalang pendedahan.
Penglibatan bekas ketua Pemuda Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dalam pendedahan juga menyebabkan ramai beranggapan bahawa ia kerja Umno, tetapi parti teras BN itu mengambil langkah menjauhkan diri daripada dakwaan sedemikian.
Klip itu muncul di Internet dua hari selepas polis mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen.
Didapati video yang dilabel sebagai “VTS 01 1″ itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama “thepowercam.”
Maklumatnya di Youtube menunjukkan pengguna berkenaan menyertai laman kongsi video itu semalam dan dikatakan berasal dari Thailand.
Video sepanjang hanya 1 minit 41 saat itu adalah sumbangan tunggalnya.
Sarikata dalam bahasa Thai itu berbunyi: “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011″
Sumber : Laman KL Today
ps : 'Biar Mahkamah yang menentukan'
0 comments:
Post a Comment