Ini antara produk Google yang terbaru selepas Google Chrome browser dan Google Chrome Notebook, ia dikenali sebagai Gmail Motion BETA dan apa yang menariknya Gmail ini boleh berfungsi melalui pergerakan badan manusia menerusi webcam sahaja !!!!...menarik bukan..
Jom kita tengok penerangan Pihak Google tentang produk yang terbaru ini...
Bagaimana ia berfungsi :
Gmail Motion menggunakan webcam komputer anda dan teknologi pengesan yang dipatenkan bawah Google untuk mengesan pergerakan anda dan mentafsirkannya ke dalam karakter serta arahan yang berguna. Pergerakan direkabentuk secara mudah dan intuitif untuk semua yang mempunyai pelbagai kemahiran.
Panduan Pergerakan :
Biasakan diri anda dengan beberapa pergerakkan Gmail Motion dengan menggunakan Panduan Gmail Motion. Dengannya anda boleh mula menulis dan membalas email dengan badan anda sahaja.
Langkah Keselamatan :
Menggunakan Gmail Motion bukan hanya selamat tetapi seronok dan menyihatkan badan. Seperti aktiviti fizikal yang lain, beberapa langkah berjaga-jaga amat dititikberatkan. Pertama sekali, pastikan tiada apa-apa objek di tempat komputer anda. Yang kedua, cuba ambik rehat setiap 30-40 minit sama seperti anda menaip dengan keyboard. Akhir sekali, ambil masa untuk melakukan regangan otot selepas setiap sesi supaya memberi kelegaan kepada otot-otot anda.
ps : 'Berita baik untuk Gmail user'
0 comments:
Post a Comment