China tutup 62 laman web lucah



Negara  China  dengan  secara  rasminya  telah  menutup  62  laman  web  lucah  yang  mengandungi  gambar, video  dan  iklan  yang  dilarang, kata  Pejabat  Maklumat  Majlis  Negeri  dalam  sidang  akhbar.

Berdasarkan  kenyataan, laman-laman  web  yang  ditutup  yang  mana  telah  didaftarkan  di 15  kawasan  menonjolkan  gambar  serta  video  lucah.

China  telah  melancarkan  kempen  istimewa  pada  bulan  disember  2009  untuk  membuang  maklumat  lucah  dan  kasar  dari  internet  termasuklah  melalui  perhubungan  telefon  bimbit.

Kempen  itu  telah  berjaya  mengawal  penyebaran  kandungan  lucah  di  internet, di dalam  kenyataanya.

'Bagaimanapun, kempen  ini  menghadapi  satu  proses  penyesuaian  yang  panjang  dan  agensi-agensi  kerajaan  pula  berusaha  untuk  menumpu  persekitaran  internet  yang  bersih  bagi  memudahkan  perkembangan  remaja  yang  sihat,' katanya.

Sumber : Daily Chilli

ps : 'No lucah-lucah'

0 comments:

top