Makan kuat tapi badan makin melidi



AIQQAL bersama bapanya, Azman di rumah mereka selepas dibenarkan keluar dari hospital di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sakit tapi selera makannya semakin menjadi-jadi.Itu fenomena luar biasa yang berlaku kepada Muhammad Aiqqal Azman, 12, yang menghidapi penyakit misteri sejak bulan Disember lalu.
Menurut ibunya, Wan Zuriati Wan Zulkipli, 37, anak keempatnya yang mesra dipanggil Aiqqal itu mampu makan nasi lima hingga enam pinggan besar sekali gus apabila lapar.
“Aiqqal tiba-tiba menjadi seorang yang kuat makan dan kadar pemakanannya luar biasa. Apa yang pelik, semakin banyak dia makan tetapi badannya tetap kurus.
“Namun, apabila seperiuk nasi, sup atau apa sahaja yang dimasak, dia boleh habiskan seorang diri. Perkara tersebut merisaukan kami sekeluarga,” katanya kepada Kosmo! Ahad di kediamannya di Kondo Mentari, Bandar Sri Permaisuri di sini semalam.
Wan Zuriati memberitahu, Aiqqal bukan sahaja makan dalam kuantiti yang banyak tapi berulang kali dan tidak kira masa dan tempat.
Malah, kata beliau, anaknya itu pernah bangun pukul 3 pagi semata-mata untuk makan.
Bagaimanapun, menurut Wan Zuriati, berat badan Muhamad Aiqqal yang dahulu mencecah 35 kilogram kini menyusut sehingga 20 kilogram sejak dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri dua minggu lalu.

Sumber : Kosmo
ps : 'Makan  macam  orang  tak  sakit'

5 comments:

Rozuan Ismail said...

penyakit apa ye,makan banyak tapi badan susust

TaufiqHafiidh said...

org yang sihat pun makan sampai 3 pinggan je itu pn kalau rasa lapaq sgt2...pelik penyakit ni

Double N said...

nk tay lebih lanjut pasal dia ni boleh rujuk bnlog uncle seekers.. =)

TaufiqHafiidh said...

Uncle seekers ada jawapannya...biar btui broo

faxxi said...

mungkin 'org lain' yang makan.huhu

top