Jenazah Osama disemadikan di laut



DUA anggota tentera Pakistan berkawal di sekitar kawasan Abbotabad, Pakistan, tempat Osama bin Laden dipercayai mati dibunuh.

WASHINGTON - Jenazah ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden yang dibunuh pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) dalam satu operasi rahsia di Pakistan awal pagi semalam didakwa telah disempurnakan secara Islam sebelum disemadikan di laut.
Beberapa media AS seperti rangkaian televisyen kabel AS termasuk CNNMSNBC dan Fox melaporkan, seorang pegawai kanan AS mengesahkan kepada mereka bahawa jenazah Osama telah disemadikan di laut tanpa mengulas lanjut.
Beberapa pegawai kanan AS lain bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan apabila mereka diminta mengesahkan laporan itu oleh agensi berita Associated French Press (AFP).
Sebelum itu, seorang pegawai pentadbiran AS berkata, jenazah ketua Al-Qaeda berusia 54 tahun itu dikebumikan menurut syariat Islam.
"Kami memastikan bahawa ia (jenazah Osama) dikendalikan menurut amalan dan tradisi agama Islam," kata pegawai berkenaan.

Sumber : Kosmo
ps : 'Tipu  lagi...ingat  perang  kat  laut  ke...LOL'

3 comments:

Kicap Manis Media said...

BODOH GILE. mcm org nk percaya kan. HAHA. US plawok deh!

Nasib Lelaki | Wanita yang tidak layak dijadikan isteri.


Bosan dengan Nuffnang | iPanelOnline cara terbaru jana duit

TaufiqHafiidh said...

Kalau betul la Osama tu meninggal...US kena serahkan jenazah tu kat Arab Saudi...lagipun dia orang Arab Saudi..mcm kat Arab Saudi dah x da tanah lgsung...tipu2

Anonymous said...

hurmm...bnyak keraguan di situ..

top