Penemuan paling mengejutkan kepada pengemar tamadun Mesir Purba adalah penemuan tulisan Hieroglif di Gosford, Australia.Tulisan Hieroglif ini diukir di dua dinding batuan di Hutan Gosford. Tulisan ini agak sukar di tafsir oleh kebanyakkan Egyptologist yang mana mereka hanya mahir tulisan Hieroglif daripada pertengahan tamadun Mesir Purba sahaja.
Tulisan ini sebenarnya bercampur-aduk dengan tulisan Tamadun Phoenician dan Sumeria kerana tulisan Hieroglif pada era permulaan penggunaannya sememangnya terpengaruh daripada kedua-dua tamadun tersebut. Ini adalah seperti tulisan bahasa Melayu(ansara Melayu) yang sedikit terpengaruh dengan pengaruh bahasa Sanskit purba. Oleh sebab itu, tidak mustahil jikalau para siswazah yang datang mengkaji tulisan purba ini terus mengatakan tulisan Hieroglif yang terukir ini banyak tertinggal suku kata penting!.
Kisah Dua Pengembara
Ukiran tersebut menyebut mengenai dua orang pengembara daripada Mesir Purba terdampar di benua Australia kerana botnya karam akibat pukulan ombak besar. Seorang daripada mereka telah dipatuk ular sebanyak dua kali dan meninggal dunia di situ. Seorang daripada dua pengembara itu dikenali sebagai Lord Djes-eb. Dan berdekatan dengan penyataan itu tertera nama Firaun Khufu. Kemungkinan Lord Djes-eb adalah anak lelaki kepada Firaun Khufu.
Daripada penyataan ini, ia menyakinkan para Egyptologist bahawa ukiran batu ini berusia kira-kira 2000-3000 sebelum masihi! Antara nama lain yang diukir di batuan ini selain daripada Khufu dan Djes-eb adalah ukiran figura Anubis (dewa kematian)!. Ia mungkin berkaitan dengan kematian Lord Djes-eb tersebut.
Pembuktian Hubungan Australia dan Tamadun Purba Mesir
Ketika mula-mula ia dijumpai, kawasan batuan ini diselebungi oleh pelbagai daun-daunan yang menjalar serta semak-samun yang tebal.Ukiran ini juga diselaputi minyak dan berlumut. Banyak kali exkavasi dilakukan di sini dan ia memang terbukti bukannya hasil daripada teknik laser.
Terjumpanya tulisan Hieroglif ini di Australia sememangnya telah memberi idea baru kepada para pengkaji Tamadun Mesir Purba mengenai hubungan Mesir Purba dengan dunia luar yang mana jaraknya beribu-ribu kilometer.
1. Banyak bukti yang terdapat di tamadun purba menyatakan perihal ‘the Great South Land’. Para cendikiawan menyatakan bahawa the Great South Land kemungkinan besar adalah Benua Besar Australia.
2. Australia muncul dengan nama ‘Antoecie’ dalam peta Crates of Mallos dan juga muncul dalam Peta Eratosthenese daripada tamadun Yunani pada 239SM.
3. Penemuan ‘Tomb of the Boat’ pada tahun 1950-an. Pada tahun 1991, satu bot besar yang kira-kira berusia 3000-2000SM dijumpai di Abydos,utara Mesir. Di sini,ia telah memberi bukti bahawa Mesir purba telah mempunyai bot besar yang mampu merantau jauh ke pelosok dunia termasuk Australia.
4. Menurut akhbar arus perdana,Cairo Times pada 1982,ahli arkeologi menjumpai fosil kanggaru dan marsupial Australia di Fayum berdekatan Oasis Siwa. Bagaimana kanggaru boleh berada di Mesir?
5. Semasa penggalian makam Tutankhamen pada 1922, Prof. Carter menjumpai satu set boomerang emas. Adakah ini pemindahan teknologi daripada masyarakat Australia purba?
Sedikit Info Tulisan Hieroglif
Tamadun Mesir Purba bermula lembah sungai Nil yang subur. Tamadun ini mula berkembang sekitar tahun 3200SM yang mana ia menjadi antara tamadun yang terawal selain tamadun Mesopotamia-Babylon(Iraq),tamadun Indus(India)dan tamadun China.
Seiring dengan berkembangnya tamadun purba ini, berkembang satu lagi medium yang penting,iaitu penulisan. Sistem tulisan tamadun Mesir Purba dikenali sebagai tulisan hieroglif. Tulisan ini berasaskan kombinasi gambar dan bunyi simbol yang berdasarkan bunyi. Sistem tulisan memainkan peranan penting dalam proses perkembangan tamadun Mesir terutamanya dalam mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai. Tulisan juga berperanan penting dalam keagamaan dan amalan ritual kepercayaan masyarakat tamadun Mesir.
Masyarakat Mesir Purba dikenali sebagai masyarakat yang kreatif dan inovatif. Mereka telah mencipta kertas yang diperbuat daripada pokok Papyrus. Untuk pengetahuan anda, bahasa Inggeris untuk kertas adalah ‘Paper’ diambil daripada kata akar Papyrus! Dengan terciptanya kertas daripada pokok Papyrus ini, penulisan Hieroglif berkembang dengan pesat. Segala rekod, mereka tulis di dalam lembaran Papyrus ini. Disebabkan itu, generasi sekarang masih lagi dapat menikmati kehebatan tamadun Mesir Purba.
Walaubagaimanapun, penulisan Hieroglif tidak dapat diterjemahkan selama berpuluh-puluh kurun lamanya kerana masyarakat Mesir moden tidak mewarisi walau sedikitpun kemajuan penulisan hieroglif sejak kejatuhan Dinasti Firaun pada kurun ke-10 dan ke-8 masihi. Akan tetapi pada 15 Julai 1799, penemuan batu Rosetta di Rosetta telah berjaya memecahkan kod Hierolif satu persatu. Batu Rosetta ini ditemui oleh Pierre Bouchard. Batu Rosetta adalah sebuah batu granit gelap yang mempunyai tulisan yang terdiri dari dua bahasa (Mesir dan Yunani) dan mempunyai tiga salinan dalam tulisan Hieroglif, Yunani dan Demotik Mesir. Pada 1822, Jean-François Champollion telah berjaya memecah kod Hieroglif. Sejak itu, seorang demi seorang cendikiawan dapat memecah kod Hieroglif.
1 comments:
citer batu kah?oOoooo..
Post a Comment