Korang semua pernah dengar rumors tentang kereta Mitsubishi Lancer Evo 11 akan menjadi sebuah kereta elektrik. Sebenarnya rumors tu memg betul pun tapi sebelum korang mengamuk sebab Evo ni jadi macam tu baik tengok dulu info tentang kereta ni. Berdasarkan dari maklumat Mitsubishi, kereta ni akan dilancarkan pada 2013 dan mungkin menjadi Lancer Evo yang terbaik tidak lama lagi.
Evo 11 ni akan dibina di atas platform yang sama seperti kereta Mitsubishi plug-in concept yang ditunjukkan semasa Tokyo Motor Show pada oktober lepas, Evo 11 akan mengunakan kelebihan teknologi hybrid yang terkini. Enjin petrol Mivec 2.0 L Evo 11 ni juga digabungkan dengan sistem hybrid plug-in beserta bateri lithium-ion.
Evo 11 akan memberi kepada pemandu pilihan dalam EV mode. Berdasarkan sumber, motor elektrik dinaiktaraf untuk enjin Mivec 2.0 dan dijangka mampu menghasilkan kuasa sehingga 320hp. Ia bergantung bagaimana Mitsubishi menguruskan letusan kuasa antara kedua-duanya, Evo 11 mampu mencapai peningkatan kuasa secara efektif sehingga 350hp berbanding Evo asal iaitu sebanyak 291hp sahaja.
Kebanyakkan pengguna mahukan jurutera Mitusibishi berusaha untuk mencapai sasaran 0-60 mph dalam masa 4.5 saat, mereka berkata 'motor elektrik baru akan lebih efektif seperti turbo dan berjalan lancar', 'jadi tidak perlu risau tentang kuasa penghantaran'
Lakaran Designer Mitsubishi di atas menunjukkan rekabentuk kereta Evo 11 yang akan dihasilkan nanti, tidak kira la bagaimana rekabentuk akhirnya tetapi ia sudah jelas yang Mitsubishi telah mereka semula kereta yang berpretasi paling terbaik di dunia !!
Sumber : 'http://www.motortrend.com/
ps : 'Lancer Evo sememangnya kereta yang digilai ramai lelaki'
0 comments:
Post a Comment