Adenovirus ragut nyawa ketiga !!!


AHMAD ZAHID (kiri) turut mengusung jenazah Mohammad yang meninggal dunia akibat jangkitan adenovirus di Bagan Datoh semalam.

PUTRAJAYA - Seorang lagi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur meninggal dunia akibat jangkitanadenovirus kelmarin, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat serangan virus itu menjadi tiga orang setakat ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengesahkan kes itu berkata, mangsa ketiga yang maut akibat jangkitan itu berasal dari Bagan Datoh, Perak, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam kelmarin.
Tiong Lai berkata, mangsa, Konstabel Mohammad Siman, 23, telah dimasukkan ke hospital itu sejak 3 Mac lalu dan meninggal akibat organ dalamannya gagal berfungsi.
"Kes ini bukan kes terbaru dan kali terakhir kita menerima laporan pelatih dijangkiti adenovirus ialah pada 19 Mac lalu.
"Justeru, kita masih menunggu jika ada lagi yang dijangkiti atau tidak selepas itu sebelum boleh mengisytiharkan Pulapol bebas daripada jangkitan selewat-lewatnya 2 April ini (Sabtu)," katanya kepada pemberita semalam.
Sebelum Mohammad, jangkitan virus tersebut telah meragut nyawa Konstabel Mohd. Azizan Azidi, 25, dan Inspektor Mohd. Redzuan Ishak, 26, pada awal bulan lalu.
Sumber : Kosmo
ps : 'Ajal  di tangan  tuhan'

0 comments:

top