Monitor merupakan interface terpenting bagi memaparkan sesuatu seperti laman web, permainan video, dan sebagainya kepada manusia. Sebelum monitor komputer dihasilkan, monitor pada masa itu hanya terhad untuk televisyen walaupun komputer telah dicipta pada tahun 1938 dan penggunaan komputer pada masa itu hanya terhad untuk kegunaan pihak tentera sahaja sehinggalah ia banyak digunakan semasa perang dunia ke-2. Komputer tersebut dikenali sebagai ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer) dan tujuannya untuk mempercepatkan pemprosesan data bagi senjata perang tentera Amerika.
Sejarah perkembangan monitor bermula apabila seorang ilmuwan jerman, Heinrich Geibler telah menemui tabung sinar cathode. 33 tahun selepas itu, seorang pakar kimia Austria, Friedrich Reinitzer telah menemui cairan kristal yang menjadi asas kepada teknologi LCD. Melalui peringkat ini juga telah menjadi asas kepada perkembangan Skrin televisyen yang semakin popular pada masa itu bermula dari skrin hitam putih sehingga skrin warna.
Pada masa kini, teknologi monitor begitu cepat berkembang mengikut peredaran zaman, antara jenis-jenis monitor yang wujud ialah CRT (Cathode Ray Tube), LCD (Liquid Crystal Display) dan Gas Plasma yang dikenali sebagai OLED.
1. CRT
Teknologi CRT telah ditemui pada tahun 1897 dan ia paling banyak digunakan sebagai teknologi untuk skrin televisyen 1926. Teknologi ini antara yang terbaik di dunia dan masih digunakan sehingga kini. Kelemahan teknologi CRT ialah jika mahu paparan yang lebih tinggi maka semakin besar cathode yang digunakan.
2. LCD
Ini antara teknologi yang paling popular digunakan oleh pengguna komputer dan televisyen. Semua komputer riba menggunakan teknologi LCD ini kerana paparan yang lebih menarik dan jelas. Monitor LCD tidak lagi menggunakan cathode dan ia hanya menggunakan Liquid Crystal yang menjimatkan tenaga serta mempunyai resolusi lebih tinggi. Kelemahan yang dikenalpasti dalam LCD ni ialah ia gagal untuk berfungsi dengan baik dalam pelbagai jenis resolusi namun kelemahan itu telah diatasi dengan teknik Anti-Alising.
3. OLED
Monitor ini dikenali sebagai Gas Plasma atau Organic Light Emitting Diode ( OLED ) dan ia antara gabungan teknologi CRT dan LCD. OLED menggunakan gas plasma yang terdapat di dalam skrin raksasa seperti dalam panggung wayang, pertunjukkan nyanyian dan sebagainya. Teknologi ini juga perintis kepada visual 3D yang menghasilkan imej yang lebih realistik serta mampu dirasai walaupun dengan hanya melihatnya sahaja.
Sumber : http://my.opera.com/
http://blog.anjungpc.com/
Tetapi teknologi ini tidak mampu nak menahan emosi manusia juga walaupun dah ada 3D sekarang ni....nak tahu sebab apa....tengok kat bawah ni....
ps : 'jangan menyalahguna teknologi yang sedia ada'
0 comments:
Post a Comment