Sebuah helikopter telah mendarat di Universiti Denzhou di China pada hari yang cerah.
Sebenarnya, seorang bapa datang mengambil anak perempuannya dari universiti itu dan mereka dikatakan berprofil tinggi.
Insiden terbabit menyebabkan universiti gempar dengan kehadiran helikopter ini sehingga para pelajar keluar dari bilik kuliah masing-masing untuk melihat helikoter mendarat.
Satu rakaman video tentang insiden tersebut telah dimuat naik di internet dan kemudian orang ramai berkata ia sesuatu yang dilarang kerana menerbangkan helikopter ke tempat awam.
Ia juga dianggap sesuatu yang mengejutkan kerana mendarat di dalam kawasan larangan di dalam universiti itu.
Pihak Universiti Denzhou berkata juruterbang helikopter itu merupakan bapa kepada salah seorang pelajar mereka dan dia dikatakan mengambil anaknya pulang selepas menyelesaikan kerjanya.
Sumber : China Daily
ps : 'Ambil dan terbang'
0 comments:
Post a Comment