- Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.- Sahih Bukhari~ dah jadi dah..
- Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”- Sahih Muslim~ dah nampak dah..
- Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?”Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”- Ibnu Majah~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..
- Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”- Riwayat Nasai.~ memang dah nampak dah..
- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”- Riwayat Ahmad dan Hakim.~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…
- Ramai orang soleh meninggal dunia.
- “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”- Riwayat Ahmad~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…
- Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”- Riwayat Thabrani~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..
- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”- Riwayat Ahmad~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…
- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..
- Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”- Riwayat Thabrani~ tak caya gi tengok..
- Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”- Sahih Muslim~ Siaran TV, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…
- Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”- Riwayat Ahmad~ tengok kes peperangan Iraq..
- Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”- Sahih Muslim~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..
Wallahu a’lam
Sumber : Soleh.net
ps : 'ingat-ingatlah sebelum terlambat'
3 comments:
info yang bagus.. tp tulisannya membuatkan mata saya juling...
ya ka...font x cukup kontras ke broo....
bumi sudah terlalu tua, tapi jiwa manusia sentiasa muda dengan kemajuan yg lum tentu menjamin apa2 kelak..peace!!
Post a Comment