Polis Brazil telah menahan seorang lelaki sebagai suspek yang membuat panggilan palsu lebih dari 200,000 ke nombor kecemasan selama 2 tahun lepas.
Lucas Rosario selaku jurucakap Keselamatan Awam negeri Sergipe berkata, Jose Uilson Santos telah ditangkap pada malam rabu di Bandar Aracaju.
Rosario berkata, pihak polis tidak dapat mengesan kedudukan Santos kerana dia membuat banyak panggilan palsu dari telefon bimbit yang dicuri serta didaftarkan atas nama orang lain.
Pihak polis berkata, Santos dicekup ketika dia sedang menggunakan telefon awam untuk melaporkan kebakaran yang tidak berlaku. Dia bercakap terlalu lama sehingga polis mempunyai masa yang cukup untuk mengesannya.
Santos bakal berhadapan dengan tindakan membahayakan perkhidmatan kecemasan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 6 tahun.
Sumber : http://www.dailychilli.com/
ps : 'jangan menyusahkan orang lain'
3 comments:
Banyaknya !! 200 000 !!
mmg xde keja..tekanan hidup kot.
mungkin jugak....nk kerja ngan org susah nk dapat last2 kerja sendiri yg menyusahkan orang lain lak....
Post a Comment