Seorang kanak-kanak perempuan dari Belanda telah melahirkan anak dalam satu lawatan sekolahnya.
Kanak-kanak perempuan itu dari Groningen, 183 km ke utara Amsterdam mengadu sakit perut pada 22 mac lalu ketika dia keluar bersama-sama rakan sekelasnya.
Gurunya yang risau telah menghubungi ambulans. Paramedik telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kanak-kanak itu sedang membawa seorang bayi perempuan yang sihat.
Ibu muda ini kemudiannya dibawa ke hospital tetapi dia menolak nama bapa bayi berkenaan. Salah seorang ahli keluarganya berkata, bapa kanak-kanak ini pernah dikenakan hukuman penjara atas kesalahan jenayah seksual kerana dia mencabul anak perempuannya yang sebelum ini.
Ditambah pula kanak-kanak ini diarahkan tinggal bersama bapa dan abangnya setelah bapanya memenangi kes tuntutan hak penjagaan selepas bercerai dengan ibu.
Pihak Polis Belanda berkata dalam kenyataan pada hari rabu lalu, 'Apabila kanak-kanak perempuan mengandung ketika berumur 12 tahun, ia dianggap sebagai perbuatan jenayah'. Mereka juga sedang menyiasat siapakah bapa kepada bayi itu.
Sumber : Daily Chilli
ps : 'jaga keturunan kita'
0 comments:
Post a Comment