Lelaki miliki keluarga terbesar di dunia dengan 39 isteri



Seorang lelaki merupakan ketua kepada keluarga terbesar di dunia berkata ianya satu rahmat buat dirinya kerana dikurniakan 39 orang isteri-isteri.

Ziona Chana juga memiliki 94 orang anak, 14 menantu perempuan dan 33 orang cucu. Mereka semua tinggal di dalam sebuah rumah empat tingkat yang mempunyai 100 buah bilik yang dibina di tengah-tengah sebuah bukit Kampung Baktwang negeri Mizoram India. Kesemua isteri-isterinya tidur di dalam sebuah bilik yang sangat besar.



Mr Chana memberitahu The Sun "hari ini saya merasakan diri saya bagaikan anak istimewa tuhan. Dia telah menganugerahkan saya begitu ramai orang untuk dijaga"

"Saya menganggap diri saya sebagai seorang lelaki yang bertuah kerana menjadi suami kepada 39 orang wanita dan juga ketua kepada keluarga terbesar di dunia"

Keluarga ini diuruskan hampir sama seperti disiplin tentera, di mana isteri yang paling tua Zathiangi menguruskan semua madu-madunya untuk melakukan kerja-kerja asas di rumah seperti mencuci, membasuh dan menyediakan makanan harian.

Bagi makanan petang setiap hari, mereka akan memasak 30 ekor ayam, memetik 132 poun kentang dan sehingga 220 poun nasi untuk keluarga besar itu.

Secara kebetulan, Mr Chana juga merupakan ketua sebuah sektor yang menggalakkan semua ahli-ahlinya untuk berkahwin sebanyak mungkin.



Mr Chana berkahwin dengan 10 wanita dalam setiap tahun. Dia menempatkan isteri yang paling muda paling hampir dengan bilik tidurnya, manakala isteri yang lebih tua ditempatkan lebih jauh dan dia menetapkan satu jadual kitaran untuk para isterinya tidur di biliknya.

Rinkmini, seorang daripada isteri Mr Chana yang berumur 35 tahun berkata "Kami tinggal di sekelilingnya kerana dia merupakan orang yang paling penting di rumah. Dia adalah seorang lelaki paling kacak di dalam kampung".

Dia mendakwa, Mr Chana mengenalinya pada suatu pagi sewaktu sedang bersiar-siar di kampung, 18 tahun lalu dan menulis sepucuk surat melamarnya.

Seorang lagi isteri Mr Chana, Huntharnghanki berkata, keluarganya melalui hari-hari yang baik setiap hari. Sistem keluarga ini dilaporkan berdasar kepada "saling cinta dan hormat-menghormati".

Mr Chana yang mengetuai sebuah sektor agama yang mempunyai 4,000 ahli mengakui masih lagi mencari isteri-isteri yang baru.

"Bagi memperkembangkan lagi keluarga ini, saya sedia walaupun perlu terbang ke Amerika Syarikat untuk berkahwin di sana" tambahnya lagi. Seorang daripada anaknya memujuk Mr Chana agar berkahwin dengan wanita-wanita miskin di kampungnya bagi membela nasib mereka. Bapa Mr Chana juga dilaporkan memiliki ramai isteri.

Sumber: Dailymail UK , http://freemalays.blogspot.com/

ps : 'kalau mampu tak pa tapi kalau x mampu jangan cari penyakit'....hehehehe

0 comments:

top