Kisah cikgu dan anak muridnya



Petang  ni  aku  nak  tunjukkan  satu  cerita  kat  korang....cerita  ni  aku  dapat  dari  pesbuk  iaitu  mengenai  kisah  seorang  guru  terhadap  murid-muridnya...jom  kita  layan  cerita  ni.....



 
Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat
pagi sahaja? Petang dan malam awak
doakan saya tak selamat?
...Murid : Selamat pagi, petang dan malam
cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat
oleh orang! Kata selamat sejahtera!
Senang dan penuh bermakna. Lagipun
ucapan ini meliputi semua masa dan
keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-
baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu
semua tentang perkataan berlawan. Bila
cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan
cepat, lawan bagi perkataan-perkataan
itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa
gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh
sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari
ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-
bukunya keluar.)
 
 
 ps : 'hormatilah  guru-guru  kita'

2 comments:

Meera said...

Aduhh... Hahaha... Budak2 ni la.. Pandai lak murid die terpikir jawapan die en..

TaufiqHafiidh said...

itu sebab la cikgu-cikgu kena lg advance dari diorg.....hehehehe

top